aku sarungkan mulut-mulut jemari
menahan bicara jujur, pengakuan lantang
aku ikat dengan rasa berat dan bingung
langsung gagah melangkah sirat belah tujuh
belum terjangkau, telapak kaki melompat-lompat
ghairah bercerita tentang langkah dunia
kotor dengan lecak dosa dan debu neraka
penuh dengan celaka, celaka, celaka
aku mahu hidu bau hakiki syurga
tapi lubang hidung cuma tercapai bau disleksia
bau salah, bau lupa, bau celaka
atas rambut halus belah tujuh
akulah manusia, sedang bingung,
mahu syurga, dosa besar ditarik
mahu syurga, pahala tak sejentik
mahu syurga, neraka dikorek
akulah disleksia antara syurga neraka
antara senang susah
antara hidup mati
antara Tuhan dan bukan
apunpital
12/5/10




