Puisi Orang Gila



Puisi Orang Gila

Langkah ini tak lama tinggal
dua tiga kali bakal terjelepuk
jatuh mungkin terus tertanam

kaki ini tak tersarung kasut
tak punya alas tuk tahan
geseran pada setiap luka
siapa tahu? Melecet dan berdarah.

Siapa kisah?

Mereka kata aku gila.
Gila tinggalkan proksi maya
gila mengejar motivasi buta
gila mencari hidup percuma
gila kerna

serupa orang gila.

Aku kisah?

Maka untuk semua
aku tuliskan puisi orang gila
biar semua jadi sama gila
biar semua kaki berdarah
melecet dan bernanah
busuk semacam hati tak tercuci.

Bau kaki itu, bau jiwa kau.

Merana melihat orang ketawa
ketawa melihat orang merana.


Aku kisah?

Tak, kerna langkah aku
tersisa dua tiga lagi
sebelum aku terjelepuk.
Kemudian jatuh

kemudian mati
kemudian tanam
kemudian diam.


Mungkin selepas itu kamu.

siapa kisah?


apunpital
satu petang 6:42
15-2-09
saitama-jepun
siapakisah?

Coklat

COKLAT

Aku tiada coklat di tangan
tiada di poket, di kamar ataupun laci.
Tiada coklat yang kau mahu.

Aku bilang tiada,
walau tahu bakal menabrak
sekaligus semua sembilan nafsu
yang selalu dikongsi dengan aku.

Aku tahu ada marah pada taipan.
dari lewat balasan mesej,
aku kenal itu kecewa.

Tapi, memang benar
kali ini tiada coklat dalam tangan
atau di laci tempat aku sembunyi
kamera digital baru harga beribu.

Tuduhlah sayang makin kurang.
Entah.

Makilah aku dungu cinta.
Entah.

Entah. Entah. Entah.

“mesej kosong”
-safwan apun has signed out. (7/2/2009 9:48 AM)-

Sekali dalam empat tahun
semua duit aku jadi kamera.

Kau kata aku gila.

“tapi aku tetap cintakan kau”
-you are currently appear offline to *******,
are you sure want to send this message?

Enter or Cancel -

Cancel

*apunpital*
7-2-09
9:58 am
saitama-jepun

*ini bukan kisah benar, cuma hampir benar*

kawan dahulu

Dahulu kita berkawan.

Ya, aku pasti kita pernah berkawan
rasanya lama.

Lima tahun bukan?

Pernah di kelas meja bersebelahan
kita kadang sengaja bertukar bangku
sama menconteng buku, memijak sepatu
selalu berlumba menjawab dahulu,
siapa dapat nombor satu
siapa pula yang lebih dungu.
Ya, benar dulu kita memang kawan.

Kau selalu pinjamkan ubat pensil tekan
tapi tak pernah aku ganti sampai kini.
Kau selalu hilangkan pemadam steadler aku
tapi aku tak pernah mintak ganti sampai la ni,
Kau selalu berkongsi perasaan, perasan dan umpatan
tapi aku tak pernah ingat mungkin sampai mati.

Tapi kawan, masih lagi aku jelas satu perkara
Dahulu kita memang benar berkawan.

Ya, dahulu.

*apunpital*
8:28 pg
5 - 2 -08
saitama, jepun

----

bayangkan kau adalah aku
dan berjalan pada longkang ini.

Bayangkan kau adalah aku
dan mati pada lubang ini.

Bayangkan kau adalah aku
dan berhenti pada becak ini.

Bayangkan, kau adalah aku.
Kalau aku masih jadi engkau.

nil

Karya terpelihara