COKLAT
Aku tiada coklat di tangan
tiada di poket, di kamar ataupun laci.
Tiada coklat yang kau mahu.
Aku bilang tiada,
walau tahu bakal menabrak
sekaligus semua sembilan nafsu
yang selalu dikongsi dengan aku.
Aku tahu ada marah pada taipan.
dari lewat balasan mesej,
aku kenal itu kecewa.
Tapi, memang benar
kali ini tiada coklat dalam tangan
atau di laci tempat aku sembunyi
kamera digital baru harga beribu.
Tuduhlah sayang makin kurang.
Entah.
Makilah aku dungu cinta.
Entah.
Entah. Entah. Entah.
“mesej kosong”
-safwan apun has signed out. (7/2/2009 9:48 AM)-
Sekali dalam empat tahun
semua duit aku jadi kamera.
Kau kata aku gila.
“tapi aku tetap cintakan kau”
-you are currently appear offline to *******,
are you sure want to send this message?
Enter or Cancel -
Cancel
*apunpital*
7-2-09
9:58 am
saitama-jepun
*ini bukan kisah benar, cuma hampir benar*
Coklat
Posted by
aPuN
February 7, 2009
Labels: koleksi puisi cinta katak , selambe





5 comments:
cancel htr msg sbb tade coklat? :p
zmn dh makin canggih..dunia smakin maju..htr je gmbr coklat digital..ape susah~
atau mungkin..
kamu boleh pegi ke kedai2 di Odaiba (men hentam eja..tah2 jual brg electronic je-*sy tatau*), shot 200~300pic coklat! :D
pastu zippedkan dlm satu folder, compose email, attach- send.
p/s: merepek~~ lalalalaa
ahaaaaa...
cinta jauh...
kadang kala hanya terluah pada diri sendiri..
hati merayu, jari kelu..
payah2..
=)
p/s: tapi aku gula-gula hacks.. ko nak? hahahaha!
cancel antor mesej, sebab xperlu bgtau dia ayat last tu.
____________
nola nolaaaa
mau!!!!!! hacksssssss
ah..kalau cinta katakan saja....!
usah malu2, kelak kamu ialah dungu itu.
aiceh..ridem tak hengat!
HAHAHA, itulah pasal.
kira komen
"kalau cinta katakan saja", untuk kau jugalah. Jangan asek sembunyi2 je :P
Post a Comment