pinokio


Kalau benar dunia ini pentas
kaki ini lebih senang menjadi penonton
melingkar pada peha dan sekali-sekala
sibuk menghentak lantai kegilaan.

Senang mengikut lagu, yang sepatutnya
menyelimut ruang kosong pada tangsi.
Menarilah, aku suka lagi menjadi lukisan rumput
bila waktunya kuning maka kuninglah.

Tali ini bilakan mahu putus? ; Melepaskan aku pergi
dari beban skripsi dan literasi bohong.
Bukan kaki si penonton, atau lukisan rumput
aku tetap si pinokio kayu kalut dan berhayun.

Kenallah, Pinokio si boneka serba ribut
pelakun atas pentas serba kecil ; muka serba mungil,
dan malam ini aku akan minta bidadari
datang tukarkan nyawa ini dengan jantung

maka esok akanku tahu, rasanya tanpa tali.

klise


Kisah cinta kita adalah lagu yang selalu ada pada corong radio
malah kedengaran seakan mahligai itu masih utuh
dan kita, sibuk menari di dalamnya dengan iringan lagu paling lunak
setiap langkah bertaut atas lantai istana dari seramik parsi.

Kasut kaca own-made pada kaki mulusmu sekalipun tak
tercapai gaun baldu china yang melepasi tumit tinggi sadur emas.

Indahnya, sampai terlupa kita hanya berdua sedang berpaut
bila jam itu tegak ke atas, tangan kita makin gigil
waktu itu, bila bibir kita mahu berpaut dengan rona cinta
kau lari pergi jauh.

Jam 12, mimpi klise paling tak aku pernah mahu.

apunpital
5:33- 21 julai 2008
kazamidori

aku


Kalau orang tanyakan kenapa aku diam
akan aku senyumkan,
telah lupa
aku apa untungnya bicara.


4:23 ; 18/7 (membalas status "diam itu pintar" oleh fai)


Di sana tujuh jalan ke langit
terpagar den
gan awan gelap
tapi polos, rompong dan punah.


9:00 ; 17/7 (sempena musim panas yang bakal mungkin menghilangkan kutub utara)


Aku nampak nombor berterbangan
dalam rangka yang dungu.


16/7 (sempena debat dan nombor~)


malam

Malam telah datang
dengan angin menjilat kasar
tanah kontang,
pasir sama pergi jauh
tinggal kosong batu
dan kaku.

Kitakan pernah menyulam daun ini
jadi tangga untuk ke atas
mahu memetik pucuk jadi ubat
pada luka ini.

Pepatung pada sipi tangga ini
sekali terbang hinggap dan membawa
kita ke langit
meninggalkan pokok dan pucuk
tangga daun pun sama roboh.

Kadang lupa
masih luka berdarah
masih tanah kering.

Malam ini datang
pepatung langsung lepas
mengejar pasir terbang
dan kita jatuh
pulang ke tanah kontang.

Luka lagi.



apunpital
10:09pm
13 Julai 2008
kazamidori grand height
~

punggung

kandungan di sini adalah berbau 18PL.
ada unsur ganas, gempak dan poyo.


Dan, ouh kalau saya berjaya buat anda mual, maka saya berjaya buat kamu rasa apa yang saya rasa dengan perangai mereka yang bahalol itu.


SANGAT MARAH DENGAN MELAYU INI HARI.

Aku lagi sanggup merobek punggung
dari menjadi celaka pada dara bangsa yang pecah berdarah.

Ya! Aku rela jadi kaum nabi LUT yang mati tenggelam terbalik
kalau itu saja mampu bersihkan lubang itu.

Biar aku terobos lubang najis dengan lunaknya
Dengar. Sudah berbunyi raungan resah gelisah dan mendesah.
Bunyi jantan lembik, PONDAN!
Baru saja menggelitik telur dua biji , sudah meleleh mani sebelanga.
Pe'el jantan layu, LEMAU!

Biarkan aku bersihkan lubang najis ini
tiga dekad belum pernah basuh
maka harus dicucikan dengan segala daya.
Biar sampai terkeluar kincit rasuah
baru satu tanah melayu tahu warna tahi sebenar.

Merah, biru, biru cair atau hijau
biar tanah melayu sendiri jadi saksi.

Takut? AduLAH !
Kalaupun punggung kau berdarah, tak aku gentar.
AduLAH, aduLAH, aduLAH.
Aku ada Kamal Attartuk beri suaka syurga, percuma.

Aku lagi sanggup merobek punggung
dari meramas buah dada palsu dan jijik.

Lagi sanggup, dari mendodoi kroni dan nepotisme.

Bumi "melayu kononnya" ini kalau terbalik
siapapun tak hairan.
Bukan sebab do'a LUT nabi-Allah
tapi sebab punggung yang penuh fitnah.


Apunpital
3:37 pagi 1-Julai-08
hari penuh jijik dan geli

Karya terpelihara