Puisi Orang Gila
Langkah ini tak lama tinggal
dua tiga kali bakal terjelepuk
jatuh mungkin terus tertanam
kaki ini tak tersarung kasut
tak punya alas tuk tahan
geseran pada setiap luka
siapa tahu? Melecet dan berdarah.
Siapa kisah?
Mereka kata aku gila.
Gila tinggalkan proksi maya
gila mengejar motivasi buta
gila mencari hidup percuma
gila kerna
serupa orang gila.
Aku kisah?
Maka untuk semua
aku tuliskan puisi orang gila
biar semua jadi sama gila
biar semua kaki berdarah
melecet dan bernanah
busuk semacam hati tak tercuci.
Bau kaki itu, bau jiwa kau.
Merana melihat orang ketawa
ketawa melihat orang merana.
Aku kisah?
Tak, kerna langkah aku
tersisa dua tiga lagi
sebelum aku terjelepuk.
Kemudian jatuh
kemudian mati
kemudian tanam
kemudian diam.
Mungkin selepas itu kamu.
siapa kisah?
satu petang 6:42
15-2-09
saitama-jepun
siapakisah?





0 comments:
Post a Comment