Hujan

Sebentar kita biarkan bunyi mendiam
menunggu hujan bertatih perlahan
mengira jejak lemahnya pada tanah
berderai, langsung jadi air yang lepas.

Sebentar kita diam, dalam
menunggu payung tua ini kembang
menyandar kakinya dengan lemah
pada tangan kita yang gigil tergenggam.

Entah langkah hujan yang keberapa
payung ini mengembang semacam bunga,
senang menyambut jatuhnya air.
Membiarkan kita kehujanan dalam cinta.

2-3-09
*5:07am*
apunpital
kazamidori

2 comments:

s.c.h.u.l.t March 6, 2009 1:41 AM  

wow! kehujanan dalam cinta? ;))

hujankan..mmg semacam cinta.. sekejap sahaja turun..basahnya.sentiasakah?

:)

aPuN March 11, 2009 10:18 AM  

semoga sentiasa... :D

Karya terpelihara