ke mana?


Ke manakah larimu

~~~ Sejauh dari sebatu-batunya

~ Dari sebentuk kerikil yang enggan berderai

~~ Berkecaikah, seakan ais kecil pada telapak ini

Berkecaikah?

siapa


siapa kamu untuk tentukan siapa aku?

pincang



apa yang kau perolehnya?????
semalam yang pincang lagi kau rosakkan,

hari ini yang goncang lagi kau retakkan,
esok yang hilang lagi kau buangkan.

apa yang kau perolehnya?
dari dunia jelang yang kau tinggalkan?
ajari aku sebintik jawaban~~

yang bernama aku


dia yang bernama aku..
bukan kah telah jauh tertinggal..
juga telah lama tertanam.

kenapa mahu
lagi kau gali .
kenapa mahu
lagi kau kembali ..

dia yang bernama aku..
bukan lagi ada dalam liang lahad yang kau korek dulu

bukan lagi dalam dalam liang jasad yang kau kenali dulu,

kau tahu..
dia yang bernama aku.. bukan lagi untuk kamu,

buih kecil


ada angin pada gelombang ini,
dekat jatuhnya aur-aur pada bibir,
terus pecah dalam retak buih kecil,

ada angin pada gelombang ini,
tegar menampar pasir yang terkaku,
sama letupnya dengan buih kecil,

aura aurnya, ada baur-baur kendur,
tanda surut pada larut-larut yang hanyut,

pantai, adakah berparut?
dek sisa yang terbisa?
kalaulah sepi bagai buih kecil,
biarkan pecah atas pasir sepih.

Karya terpelihara