hujan ais

Versi Palestin

Setia aku tunggu rintik hujan ini menjadi sedikit putih.
menanti, waktu sejuk ini, bakal dibayar dengan titik salji,
tapi, Allah, pinjamkan awan gebu ini ke Ramallah,
sejukkan bahang pada dinding batu Gaza,
Bersihkan darah milik syuhadah.

Wahai khalifah dunia,
kecohlah dekat langit semoga salji yang turun,
bawa malaikat naik kembali bimbit doa-doa,

semoga retak-retak ais membawa kuntuman bunga yang mekar,
dan debunga terbang melata bawa berkah,
bawa benih ke benua terang lalu bercambah riang,
dengan izin "kunfayakun" , bakal bangkit jadi pohon gebu,
dan dengan qudrah-Nya, satu dunia mampu tumpang berteduh,
agar nanti dahannya mencapai ke syurga,
dan akarnya menghirup titisan-titisan kauthar,

mudahan di bawahnya kita berteduh terus,
sehingga datang TUHAN diiringi malaikat, memeluk sekalian kita,
dalam bunga ais, dalam pagaran Gaza,
semoga BaitulMaqdis dipeluki TUAN-nya.

****************************

Versi ka[wan]

Sahabat , Aku lihat hujan ais pagi ini,
mahu sahaja aku teriak untukmu,
kecoh dekat langit semoga salji yang turun,
bawa malaikat naik kembali bimbit doa aku,

semoga retak-retak ais membawa kuntuman bunga yang mekar,
dan debunga terbang melata bawa berkah,
bawa benih ke benua terang lalu bercambah riang,
dengan izin "kunfayakun" , bakal bangkit jadi pohon gebu,
dan dengan qudrah-Nya, satu dunia mampu tumpang berteduh,
agar dahannya mencapai ke syurga,
dan akarnya menghirup titisan-titisan kauthar,
mudahan di bawahnya kita berteduh terus,
sehingga datang TUHAN diiringi malaikat, memeluk sekalian kita,
bakal memeluk gentarmu, juga beri bunga ini pada senyummu
semoga hujan ais ini sejukkan hati-mu.

******************

Dalam sejuk musim ini, ada malaikat turun berjuta,
Khas untuk membawa doa meraka ke syurga,
Jadi benih untuk nikmat berganda.


airtangan kami, si ka[wan] , safwan dan wannor

Karya terpelihara