buangan


manusia terbuang
hanya ada jalan kehinaan
hujung pangkal jumpa kegelapan
dalam pagi pun kelam
dalam siang pun malam

mahu pengakhiran?
habiskan sahaja

maka itu yang akan terturut,
mahu atau enggan

habiskan sahaja
itu yang dimahu
tamatkan semua kekalutan

keluar sahaja dari jalan ini
ada kehinaan, ada kehinaan,

tapak ini, alasnya kulit kaki yang kematu.
walau tak berdarah,
peritnya masih bertindik

manusia buangan
tepi lilin kemalapan
sumbu dekat lantai
bayang pun tak sudi jelma

bagai sumbu itu sedang bawah telapak,
terpadam dalam busuk daging tumit

2 comments:

s.c.h.u.l.t March 6, 2008 at 2:02 AM  
This comment has been removed by the author.
Anonymous March 6, 2008 at 2:03 AM  

siapa pinta pengakhiran??
siapa jadikan kamu buangan??

saya..

dan saya memang jahat~~

kamu benar..

saya jahat~

Karya terpelihara