selamatkan aku..aku merayu.
dahagakan darah dari syurga.
suapkan ke ceruk hati.
serapkan ke hujung kaki.
aku rimas..aku lemas..
mandikan aku darah dari syurga,
basahkan aku dengan cinta,
bersihkan aku dari gila,
bantu lah aku,,,
lena ku didodoi sepi
lena ku dibuai keji,
lena ku diselimut api..
aku dahaga…tolonglah aku..
secangkir…darah dari syurga,
dalam hati yang kontang,
dalam jiwa yang gersang,
aku makin hampir terlena,
suapkan aku darah dari syurga..
setitis dalam hujan dosa..
aku lencun dek dia..
TOLONG!!!!
a:p:u:n ampunkan aku Ya Allah
penerangan available....click here
darah dari syurga
Labels: puisi
reformasi....
tekanan membukit...
bakat serba sedikit...
punca yang hangit...
idea yang sakit...
macam bulan penuh...tapi gerhana
macam keris merah..namun karat
macam mata biru...namun tembel
macam pembela...namun memberontak
baru kena gelitik ..sudah melatah..
baru tahu merangkak..ingin berkepak..
baru kenal tempurung..mahu tempayan..
terus...
mencuri, merobek, meludah, mencabul,
serupa air sungai Kelang,
macam emas dari Chow Kit Road...
tak lupa, apek Pertama Kompleks,
juga...semi-wanita belakang Jalan P.Ramlee
harga sekupang...
nah...
bila mahu reformasi...
terjerit-jerit macam babi kene JE
terkedek-kedek macam ayam kene H5N1..
macam tikus-tikus kena denggi..
ya.. tikus!
datang lima tahun...
bila lubang mahu kambus..
sebok berdecit, sebok menggigit,
datang lima tahun,
bila sarang mahu tukar,
sebok, sebok, sebok, dan...sebok
sebok main lumpur..
sebok kumpol tahi..
sebok tambah berahi,
sebok bercakap maggie,
tikus, oh tikus..
sebok dan sebok dalam sarang..
kalaulah datang u.s.a.w.a. yang sial...
uh..harap janganlah,
ya Allah, elakkanlah...
ya Ghaffaar, ampunkanlah...
ya Waliyy, lindungkanlah...
nah, bila mahu reformasi,
tak perlu tambah api, sudah cukup panas
tak perlu tambah cili, sudah cukup pedas
Labels: puisi
BANGUN!
Harap, jiwa itu tahu
rindu yang kita garap
bukan untuk tontonan mata sang beliung
atau sekadar picisan di kaki enam
atau sekadar duduk di dimensi yang hilang
bukan sekadar dimamah hati yang pilu
tapi untuk digusari.
Kerana kita rindukan kalimah itu ada di atas
bukan mereka terus menindas
harap mereka sedar
yang doa kita bukan tidak dimakbulkan
tapi sedang dikumpulkan
saat,
suatu masa telah cukup,
langit dan bumi terus memendam rasa
biarkan, biarkan,
yahudi dan nasrani itu,
peroleh hidayah atau memeluk padah,
atas bumi Allah.
LAILAHAILLAH
Mereka belum puas,
selagi mereka tidak dicantas
Bangun
jangan tidur dalam bumi yang diperhati.
jangan tidur dalam mimpi yang sepi.
puisi ni ditulis dekat comment page friendster pada 8/9/2006
puisi saguhati sayembara puisi islam GKLN
selagi belum...
selagi tanah bawah berisi,
sedar langit naungi,
sedar, bawah air, dalam angin,
sedar, semua sedar,
selagi ada awan tinggi,
selagi ombak terus menari,
sedar dinding bertepi,
sedar keliling kayu, sisip bayu,
sedar, semua sedar,
tika saat nanti menyepi,
satu jauh, nun…ceruk tujuh kaki,
badan lumpur, sendi lumpuh,
kulit besi, tulang duri,
sedar itu azali,
lantas, baru tersedak?tersedu?
meratap, meratip, meratah, mengutip,
sudah! tak perlu lagi,
merayu, menipu, merapu, mengampu,
sudah! jangan lagi,
sedarlah, ini hakiki,
selagi dunia bawah kaki,
sebelum kaki bawah dunia
Labels: puisi




