Maafkan kaki kerana melewati jalan kasar
melangkah biadab pada hujung picu rakaat
aku menanti sendiri tersandung dekat sini
dan muncung meriam gertakmu meletup
biar sampai satu dunia gegar, menggigil
telahku bicara yang getar tidak mungkin
biar pecah tiga kubu Belanda dan Portugal
dan kota Melaka tinggal baris mayatpun
takkan gentar pada serbuk belerang itu
kemari, biar aku ajarkan rasa candu.
petang
15 JUN 2008
saitama-jepun
candu di kapasitor





2 comments:
kapan bila setiap barismu, berjela-jela? :p
viva italia!
viva italia.. :P
kapan kamu mengkafankan ayat bercela-cela saya
Post a Comment