kasta


Telah aku patahkan kayu reput
yang menjadi jambatan lama
antara dua petik tali gambus kita.

Dengan api dari batu sungai
bakinya telah terbakar jadi arang.
Padanya anai-anai terbang
ulat menerawang, habuk melayang
dalam ritual dan bahang,
cuma untuk simpulkan kita sealun.

Abunya, telah ditabur
ke pelosok rimba buat dijamah
cendawan masa dan kulat lupa,
malah ada sisa tertiup angin
satu dan satu, telah jatuh
atas tanah tuhan, semadi.
Kita semua, lama jauh
Pada takdir tuhan, hakiki.

Aku runtuhkan jambatan karut
yang lama jadi dinding percaya,
cuma mahu, lagu kita setali.

Apunpital
00:13 am
18-11-08
Kazamidori-saitama

2 comments:

Anonymous November 21, 2008 at 7:50 PM  

komen tak bernas:
CANTIK GAMBAR. feeewit! :p

komen bernas, ou, bernas kah?:
Apakah itu kasta?
SAIZ kah, atau WARNAkah?
Yang dipijak, atau yang dijunjung?
ATAU yang di antara-NYA?
OH!
ITU SEMUA JAWAPAN MANUSIA BONGKAK~

Mari yang SETALI-NYA, moh!

apunpital November 21, 2008 at 10:11 PM  

memang lah tak bernas. dah gambar tu ko buat dengan aku. khas untuk kaji buta warna dan buta hati. :P

entah sapa buta warna, entah sapa buta hati. haha.

komen bernas ko?
wah... aku tak mahu jadi bongkak. so aku berenti menulislah

Karya terpelihara