Aku tidak mahu lagi kaku
senyap dalam lingkaran fluks
yang membaham setiap petah bicara,
dan terus menjadi mangsa
kerosakan gerakan ion
hati ini tidak tersadur
logam feromagnet ; senang terpesong
pada magnet bicara lenggok liuk
pada gelung solenoid yang kau lilit
dengan segala jenis syahwat
aku mual melayan karenah aruhan nafsu
juga kemahuan buntu kamu
malah intipati rasa, intimasi negativiti
langsung membunuh
perolakan kutub minda ini
mengaruh sejarah paling hitam
paling tidak siuman
paling tidak senang
dengarlah manusia magnet hitam,
aku bernama egois ini lahir dari timur
senang memandang arah bukan utara
yang mencarik
tarikan dan godaan magnetasi kamu
kutub kita bukan arah satu
dayaku, lebih dari elektrostatikmu
padamkan saja fitnah
yang kau simpan dalam setiap
gelojak subtans nafsu
atau cari mangsa baru yang lebih
diamagentik, mampu terapung dengan
pujuk rayu superkonduktor kamu.
apunpital
16-12-08
kazamidori
langit kita bukan sama biru
syurga kita bukan sama pintu
*bahasa saintifik yang digunakan, saya harap silalah search ye, kalau nak tau
*solenoid adalah benda yang bergelung2 dalam gambar tu
*kalau tak faham istilah sila klik. Dah direct link ke wiki. English ya!





0 comments:
Post a Comment