Assalamualaikum, salam sejahtera
aku panjangkan kepada anak kota
luar kota, dalam desa, hutan paya
tak kira apa bangsa, budaya
cuma mahu korang dengar ini cerita
satu hari aku pergi kota besi
bangunan cakar langit sana sini
jalan besar kereta berhenti-henti
lubang besar lecak sana-sini
tapi ini tak buat rasa canggung
mari dengar cerita orang kampung
tengok anak dara skirt bergantung
bawah sikit dari paras punggung
ini cerita anak budaya metropol
nak tunjuk spentot beropol-ropol
lepas asap danhel lait berkepul
aku yang tengok pulak rasa biol
sudahlah mereka abai adab budaya
apa lagi pasal kitab dan ugama
jauh nak hormat mama dan papa
langsung tak dengar pasal gaza flotilia
apa saja ada dalam dunia mereka,
mungkin kesan payung budaya klcc
semua konon besar jatidiri
bawa stail dan konsep kendiri
umur 15, dah bawa merc kelas C
tak boleh tegur, dibalas maki
inilah anak hasil sperma tan sri
bawak maskara, blusher dalam GUCCI,
tapi Ya Allah, bismillah pun tak reti
patutlah tak sejuk dalam 15degree
high heel dah menapak dalam neraka berapi
ini sajalah aku gendong ke kampung
anak bandar tak tahu dek untung
semua seronok tutup dada di hujung
budaya jijik semua di sanjung-sanjung
kasihan, iman dan psikologi kosong
Alhamdulillah, walaupun kadar tanam jagung
mak aku masih tau harga aurat dan tudung
mengajar tentang Tuhan yang agung
dan jalan sirat yang panjang tergantung.
awal jun 2010
pokok mangga-melaka





0 comments:
Post a Comment