harga cinta


Rendamkan aku dalam lautannya,
Biarkan saja aku mati kelemasan,
bakarkan aku dalam nyalaannya,
tinggalkan saja aku mati kerentungan,

pergilah, terbanglah,
lepaskan aku dari bayangmu,
bebaskan aku dari kepakmu,
bukankah itu nafsu mu?
bukan itu yang aku mahu.

Terbangkan ke taman syurga,
Layarkan ke sungai cinta,
Menggoda ke hujung muara,
Menunggang ke puncak dunia,

tegahanku kau cairkan,
rayuanku kau abaikan,
pertahananku kau robohkan,
kawalanku kau longgarkan,

engkaulah teman, engkaulah syaitan,
dara kau pecahkan, benih kau tanamkan,
bila perut jadi bulan, semua kau tinggalkan,

wahai si bangsat,
apa mahu kau selamatkan dengan tangan pendekmu?
apa mahu kau padamkan dengan peluh hangitmu?
apa mahu kau bawakan dengan serakahmu?

Inilah harga cintaku,
Rendamkan aku dalam lautannya,
Biarkan saja aku mati kelemasan,
bakarkan aku dalam nyalaannya,
tinggalkan saja aku mati kerentungan,

4 comments:

Anonymous October 12, 2007 at 11:36 AM  

kalaulah cinta harganya sebanyak itu, memang cinta perlu diberikan istilah lain.

apunpital October 15, 2007 at 4:46 AM  

dan memang sepatutnya tidak begitu..

Anonymous October 16, 2007 at 5:33 AM  

em.. bagai pernah kukatakan, sungguh sayang apabila perkara yang betul diletakkan pada tempat yang salah. haih~

apunpital October 16, 2007 at 1:35 PM  

hm.. benar2.tapi seronot juga.,. keh keh. (erk..apun2)

Karya terpelihara