makbul


Kalaulah ada doa yang paling makbul,
Aku pohon kembali ke jasad asalan,

Kalaulah ada impian paling unggul,
Aku pohon pulang ke jiwa tinggalan,

Menjejak hari-hari paling tumpul,
Mencari jejak-jejak susur karutan.

Penat untuk menari atas pentas dungu,
Berat untuk menari dalam pakaian palsu,
Kesat untuk menari dengan aku yang tipu,

Berapa harga untuk kembali?
Berapa juga harga untuk miliki?
Berapa denda untuk kesali?
Berapa dosa untuk sejauh sesat ini?

Ya Allah,
Izinkanlah sekali untuk pulang ke jalan itu,
Benarkanlah sedikit untuk padam parut ini,
Bukakanlah seselit untuk lolos ke pintu itu,

Kalaulah ada doa paling makbul,
Ada impian paling unggul,
pinta aku dikembalikan, semula

6 comments:

gnee October 31, 2007 at 11:28 AM  

ookk makbul sgt lah nice...aku suka la. ...zinggof..apasal blog ko 2lisan die kecik sgt..mcmmana aku nak besarkan nye..2lisan die x berapa clear sgt.aku kna bace dkat2 ...p nice background..ko amik kat mana eh...

Anonymous October 31, 2007 at 3:30 PM  

moga yg 3 mnjadi 1 kembali.. moga dpt kembali ke jasad asalan.. ameen~

apunpital October 31, 2007 at 6:59 PM  

hmm..sory gnee aku pon xpaham pasal blog aku nih.sebab kalau dekat comp lain mmg jadi kecik giler.kat comp aku stabil jer...

syud..semoga menjadi satu kan.. hahaha

Anonymous November 2, 2007 at 11:18 PM  

maqbul maksudnya sampai. doa kita sentiasa sahaja sampai. :D. apa yang perlu dirisaukan? yang benar-benar perlu dirisaukan ialah, bila kita lupa menyampaikan doa kepada- Nya..

apunpital November 3, 2007 at 5:30 PM  

xsemestinya wan. ada sahaja doa yang xsampai rite..kalau makan harta xsepatutnya. dll.. kita dah belajarkan

Anonymous November 3, 2007 at 8:10 PM  

sifat Ar-Rahim dan Ar-Rahman. :D
masalah yang makan harta tak sepatutnya itu bukannya masalah doa tak sampai, tapi masalah diri yang tak ingat Tuhan, lupa Tuhan tempat bergantung harap.

Karya terpelihara