Aku ini. Seakan sedang menjadi kamu yang hilang
Dalam ruang lepuh yang rapuh ini, tak mampu berteduh
Dalam ruang duduk yang tunduk ini, tak mampu berlentok,
Aku ini, seakan mahu menjadi kamu yang malang
Di tepian hari-harinya, bersimpuh lembut tanpanya
Di tepian waktu-waktunya, bersila kalut dengannya,
Tapi, terkadang mahu melangkah jelang,
Siapa kamu mahu tentukan aku?
Membawa aku searus dalam kepuk usang,
Terus membawa aku dalam kepuk itu,
Wahai laila yang majnun,
Juga uda dara yang luka lara,
Tinggalkanlah versi-versi aku yang masih berbayang,
Pergilah dari sisi-sisi aku yang masih tak pudar,
Tak mahu lagi terus bersimpuh pada urat ini,
beri aku ruang pada sempit ini,
beri aku luang pada sedikit ini,
nanti mampu terbang jauh dari sakit ini.





6 comments:
Assalamualaikum.. ....? adakah kita sebenarnya mempunyai peluang untuk memilih..? 'kadangkala' atau mungkin lebih tepat 'selalunya', kita tidak tercapai sesuatu yang kita rasa kita mampu memilikinya.. kenapa?
waalaikumussalam.
ahaha,.jawaban mudahnya, aku sendiri berkata "entahlah".
bukankah dalam setiap perkara kita diberi ruang besar untuk memilih. =) . sebab, ini dunia dan arus kita, takdir tak menetapkan pemilihan kita,. tapi takdir menentukan kesan pada pilihan kita.
RheA~~ aku pun selalu xtercapai benda yang aku nak. tapi mampu diatasi dengan rasa syukur dengan apa yang telah ada. =)
lari saja dari 'kamu' kirany tiada ruang untuk bernafas~ huhuhuuu [jwpn keji syuhada~]
xmo bagi tong o2 ke_?
err..amek ah tong 02..nak byk mane? 10 tong? huhuhuu
hahaha.. ye ah tu,. ko nak blanja?
Post a Comment