bayu laut yang bimbit haruman mu,
kadaran menari dengan pulas ombak,
bikin aku terperusuk ke lautan ini,
menjunam jauh ke dasar kosong,
mahu sebentar berdiri pegun di sini,
memijak pepasir yang bergulung.
menindih si cengkerang sepi,
biarkan jernih ini menyerap kisah ku,
lantas menyelimut karangan kecil,
bawa semua menyatu dengan masin ini,
bisa aku intai antara garis gelung air ini,
jauh sangat kah tenggelam dirimu
sampaikan selaut ini aku keringkan,
masih lagi belum tersejat peluh mu,
sejuta ikan aku turutkan,
masih belum jelang tanganmu,
seksalah aku selama lagi,
kala mentari mahu temani ku dalam sini,
biar saat nafas tinggal seumbut cuma,
menginjak ke langit tak bisa mahu,
kerana kau segalanya,
enggan aku terima selain dari segalanya.

apUn + denGan bantUan kekasih Pensel ku ::wannor::





4 comments:
bila baca balik..
instead of pengharapan yang meLAUT,
kalau anak-anak perantau Malaysia baca ngarutan ni, selam betul-betul, mesti menangis. haha!
puisi 'homesick'.. :p
p/s:mentang-mentang lepas dengar lagu AAC, terus semua pasal laut. :p. kalau dengar lagu pasal mengundi, mesti gerak la projek raja bersiung tuh. ngee~~
hahaa.. lagu itu pemangkin kepada pengarutan kreatif,... sape soh dengar linkin park time buat puisi slow.
ape meaning homesick? aku xperasan *sendiri tulis pon xtau
klolah bisa faham puisi..hehehhee
kan best ade klas mndalami puisi..coz I'm very low in puisi~
=)
ko hengat aku tau?
hehehehe
Post a Comment