Balung
belit-putar lidah terus bergulung,
lekat ludah celah-bilah cabang,
tak terbisa, masih bangga terbias,
Gila;
ternganga luas, buas
dengan gigi penipuan, jelas;
iblis apa kamu,
belum sedar, belum mahu sedar,
masih mahu menggulung,
hakikat sendiri dilingkar,
terjerit, terjerut, terjerat, tersangkut.
balung,
layas jelak dunia,
enggan terima, enggan;
layas :: tidak memperdulikan, menolak
balung ::2.hantu berupa ular besar dan melancar di air, hantu bidai





0 comments:
Post a Comment