pinta


kerana permintaan yang tak aku pinta,
kerana impian yang belum ku mimpi,
aku jelas, susuk jiwa masih kecil,
belum gah berlari atas pelangi,
belum mampu rentas ungun api,

kerana selaut mimpi yang mahu aku selami,
bertaut sesama liuk gelombang dan pulas pusar
perlu aku senafas dengan nadi mu,
bakal degup kita senyawa,
jadi ubat pada lelahku,

biar langkah ku lecur, lebur
biar aku tenggelam lemas, sesak,
dengan kamu, tetap sahaja aku wujud

pada permintaan yang tak terpinta
pada impi yang tak mampu jadi mimpi,
perlu lagi aku, sebaris nama mu

0 comments:

Karya terpelihara