bunga

Bunga,
kelopak terus berlenggang lembut,
pada syurga merah jambu ; sakura,
mekar lagi, dalam mantan selimut ais,

jambangan, masih siar bertaut,
sehari lagi , sekali lagi, musim bunga,
bersamaku, meneman sukma luka,
memelukku, selubung senam luntur,

bunga,
dalam hujan sumbar, diruntun pergi
merejam warna cinta pepohon tua,
sebentar ; hakiki ; pergi lagi,
dengan wasiat daun muda,

belasungkawa kekasih baru,
jumpa lepas purnama dua belas,



senam II :: 3. warna asal (pd barang-barang yg disadur); hilang sepuh nampak ~ prb sesudah terbuka rahsia, diketahui kejahatan (kekurangannya).

sukma :: sl jiwa, nyawa

siar :: 5. membawa ke serata tempat, menyebarkan, menyeratakan;

sumbar :: Jw; bersumbar, menyumbar bercakap besar, menyombong:

runtun :: 1. menarik (menyeret) kuat-kuat, membantun, menyentak, merenggut: ia telah diruntun masuk ke dlm perahu; 2. sl mengambil dgn paksa, membegal, menawan, merampas, merebut: Melaka itu hendak diruntunnya; 3. ki mengalih atau menarik (perhatian, perasaan, dll): ia cuba ~ fikirannya ke babak lain; kisah yg dibentangkan dlm drama ini pasti dapat ~ perasaan siapa sahaja; ~ hati menarik hati; 4. = meruntun-runtun mendesak-desak, melonjak-lonjak (perasaan kerana terlalu ingin benar): hatinya ~-runtun hendak mengetahui kandungan surat itu;

0 comments:

Karya terpelihara