Tengkorak,
Mahu lagi berpencak dengan akal,
Rasuk ectasy yang menggila,
Mengular dalam darah,
Sampai ke puncak kepala,
Otak menggelegak, terbelahak;
Setan, asyik berpencak,
tengkorak hilang akal,
otak hilang kental,
maruah hilang bakal,
Gila bawa dosa selara,
Pening dalam botol kering,
Mabuk, hancing, lalok, genting,
Tengkorak pusing lagi, pusing;
kamu bukan perlu diturut,
Tengkorak kamu perlu dicabut,
Tampal pada celah kangkang,
biar terang malu mu,






0 comments:
Post a Comment